Apa status siasatan polis kes rogol dan pukul isteri Ghazali Ansing?






9 Mei lalu Ghazali Ansing membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Aru terhadap portal ‘Sabah Big Mouth’ susulan pendedahan isterinya sendiri bahawa Ghazali mencederakannya dan merogol rakan baik isterinya. Melalui video yang dihantar oleh isterinya mengesahkan perilaku suaminya itu.

Ghazali Ansing tampil membuat laporan polis menafikan tuduhan isterinya itu.

Polis telah membuka kertas siasatan kes itu. Pastinya polis telah menemukan sesuatu dengan sikap sebenar Ketua UMNO Bahagian Tawau kaki rasuah terkenal itu. Memandangkan satu negara tahu siapa Ghazali Ansing orang kepercayaan Bung Moktar ini maka disarankan polis mendedahkan hasil siasatan itu. Ini untuk mengesahkan tuduhan isterinya tidak benar bahawa Ghazali mengawal polis di Kota Kinabalu.


Pastinya polis tiada masalah mengambil keterangan isteri dan kawan isteri yang dirogol itu.

Ini bukan sekadar isu peribadi pemimpin tetapi mencerminkan sikap. Pemimpin korup seperti Ghazali tidak boleh diberi tempat berpura-pura memimpin rakyat.

Pemimpin seperti inilah yang merosakkan UMNO Sabah. Pemimpin korup melindungi Bung Moktar yang korup dan kaki judi maka rosaklah UMNO Sabah

.

Comments