Teo Beng Hock II: Lagi saksi berbangsa cina kes rasuah Ketua Cawangan SPRM Raub mati dalam tahanan bawah Hishamuddin Pengarah Siasatan





Empat belas tahun lalu, pada 16 Julai 2009, Teoh Beng Hock ditemui mati di bahagian koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam yang ketika itu menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Kematian pembantu politik kepada Adun Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah itu menggemparkan negara. Teoh yang hanya berusia 30 tahun ketika itu, dibawa ke lokasi berkenaan untuk membantu siasatan berhubung peruntukan kawasan majikannya.

Selepas lebih sedekat berlalu, sebab sebenar kematian Teoh masih belum terjawab.


Sepanjang itu rakyat dan keluarga mendiang sudah menyaksikan beberapa proses perundangan berhubung kematian Teoh, termasuklah prosiding inkues, suruhanjaya siasatan diraja (RCI), dan penghakiman Mahkamah Rayuan yang menolak keputusan terbuka (open verdict) mahkamah koroner.

Penemuan-penemuan siasatan Diraja juga mengejutkan termasuk sikap pegawai SPRM yang suka membuli, mendera dan bersikap angkuh terhadap suspek ketika siasatan dibuat.

Hari ini Dato’ Hishamuddin yang terlibat kes kematian Beng Hock menjadi Pengarah Kanan Siasatan SPRM. Beliau berusaha menutup kesalahannya dan mencari kambing hitam sesuai untuk menyalahkan pegawainya. Maka beliau akan terlepas.

Dato’ Hishamuddin dinaikkan pengkat daripada Bahagian Operasi Khas ke Pengarah Siasatan ketika Datuk Seri Ismail Sabri sebagai PM 9 dan adiknya Dato’ Nazimah Hashim Ketua Setiausaha Perdana Menteri. Oleh itu semua dakwaan rasuah melibatkan Ismail Sabri dan pegawainya ditutup oleh Hishamuddin Hashim


Terbaru semalam seorang lagi saksi berbangsa cina mati dalam tahanan SPRM yang dikendalikan oleh Dato’ Hishamuddin Hashim Pengarah Siasatan Kanan SPRM di ibupejabat SPRM susulan tangkapan terhadap pegawainya sendiri Ketua Cawangan SPRM Raub Mohamad Idzwaan Ali.





Saksi berbangsa cina itu dikatakan mempunyai latar belakang sakit jantung dilaporkan didera dan diberi tekanan dalam siasatan.

Siasatan menunjukkan terdapat kesan lembam di badan saksi yang mati itu. Bagaimanapun gambar saksi tidak dapat didedahkan.

Polis sedang menyiasat kes ini sama ada mati mengejut, bunuh diri atau kecuaian pegawai siasatan SPRM.

Kes saksi berbangsa cina yang mati ini mungkin akan menjadi kes Teoh Beng Hock kedua di bawah tanggungjawab Hishamuddin Hashim.

Hishamuddin mempunyai rekod sebagai seorang pembuli dan kasar dalam siasatan.

Banyak persoalan dalam kes ini sama ada saksi bakal dituduh bersama pegawai SPRM atau beliau dipaksa mengaku untuk melindungi pegawai SPRM.

Diharap polis segera menyiasat kematian saksi ini. Hishamuddin sepatutnya diambil tindakan tegas atas kematian saksi.

Tan Sri Azam Baki Ketua Pesuruhjaya SPRM perlu memberi kenyataan susulan kematian saksi dibawah siasatan Dato’ Hishamuddin Hashim ini.







Comments